[Jenayah] Polis tahan ibu bapa kanak-kanak lima tahun disyaki didera

Sekadar Gambar Hiasan
IPOH: Polis semalam menahan ibu bapa kanak-kanak perempuan lima tahun yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini kerana disyaki didera bagi membantu siasatan, kata Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong.

Beliau berkata, lelaki berumur 39 tahun dan wanita berumur 30 tahun dari Menglembu itu ditahan reman tiga hari bermula hari ini. 

Katanya, pasangan itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh kira-kira jam 1.30 tengah hari semalam selepas diarah datang ke balai polis itu selepas polis menerima laporan bahawa kanak-kanak itu disyaki didera. 

"Polis menghubungi serta mengarahkan kedua-dua mereka ke balai polis selepas menerima laporan daripada seorang doktor yang bertugas di HRPB selepas mengesyaki kanak-kanak itu telah didera berdasarkan hasil pemeriksaan," katanya ketika dihubungi BERNAMA, hari ini.

Berdasarkan laporan awal, beliau berkata, kanak-kanak itu dihantar ke hospital berkenaan oleh anggota keluarganya pada awal pagi semalam dan pemeriksaan doktor mendapati terdapat luka di seluruh badan kanak-kanak itu dipercayai dipukul dengan rotan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda jika sabit kesalahan. - BERNAMA
Saturday 17 August 2013
Posted by Encikseh
Tag :

[Tempatan] Penaja swasta diminta tangguh penghantaran pelajar ke Mesir



BERUAS: Pihak swasta yang menaja pelajar baru untuk melanjutkan pelajaran ke Mesir diminta supaya menangguh penghantaran pelajar berkenaan demi keselamatan mereka berikutan pergolakan yang semakin memuncak di negara itu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata terdapat 200 pelajar baharu tajaan swasta yang tiba di Mesir walaupun semua pelajar diminta supaya menangguhkan pemergian mereka ke negara itu. 


"Saya minta pelajar kita yang telah mendapat tempat di universiti tertentu di Mesir jangan berangkat dulu seperti yang diminta dalam arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan. 

"Saya minta syarikat swasta yang menaja jangan dengan senyap-senyap menghantar pelajar kita semata-semata untuk keuntungan kerana saya tahu ada 200 pelajar walaupun diarahkan jangan pergi dahulu tetapi mereka telah sampai ke Mesir," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Umno Bahagian Beruas di sini, hari ini.

Hishammuddin berkata, tindakan itu hanya akan menyusahkan pelajar terbabit jika kerajaan membuat keputusan untuk membawa balik semua pelajar yang berada di negara itu.

"Jangan letakkan anak-anak kita dalam keadaan berisiko," katanya. 
Beliau berkata, seramai 3,300 pelajar Malaysia yang kini berada di negara itu selamat.

Katanya, kerajaan mengarahkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk memantau dengan rapi keadaan di Mesir bagi membolehkan langkah segera diambil jika pergolakan di negara itu semakin meruncing.

"Saya minta Datuk Thajudeen (Setiausaha MKN Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab) untuk pergi melihat sendiri keadaan di sana. Saya bercakap dengan beliau malam tadi," katanya. - BERNAMA
Posted by Encikseh
Tag :

[Tempatan] Kekejaman Mesir : Tun Mahathir Bersuara : ‘Buat kerja musuh’

Kuala Lumpur: Tiada kata-kata yang dapat diungkapkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad melainkan sebak dan luluh hatinya apabila menyaksikan kekejaman kerajaan Mesir membunuh rakyatnya sendiri yang juga umat Islam semasa menggempur penyokong Presiden Mohamed Mursi yang digulingkan dan Ikhwanul Muslimin di negara itu.
Semasa menyampaikan ucaptama pada Perhimpunan NGO-NGO Membantu Palestin, bekas Perdana Menteri itu begitu emosi sehingga terpaksa berhenti sejenak akibat terlalu sebak sebelum mengakhiri ucapan selama 20 minit berkenaan. 
“Hati saya amat sedih bila melihat umat Islam sibuk membunuh sesama sendiri di Mesir semalam (kelmarin).

“Mereka melakukan kerja musuh Islam. Mereka melakukan kerja Yahudi, Zionis dan pelbagai musuh Islam lain,” tegasnya di sini, semalam.

Thursday 15 August 2013
Posted by Encikseh
Tag :

[Jenayah] Disembelih depan kuil

Kajang: Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun mati dikelar bapa saudaranya dalam kejadian di sebuah kuil di Taman Sri Reko, di sini, pagi semalam.
Difahamkan, selepas bertindak menyembelih leher anak saudaranya itu, lelaki berusia 59 tahun terbabit kemudian mengelar lehernya sendiri.
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, kejadian jam 11.30 pagi itu disedari sanak saudara lain yang bertindak menghubungi polis.

“Sebelum kejadian itu, pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah di sini sedang membantu ibu saudaranya membasuh pinggan di dapur rumah lelaki itu.

“Secara tiba-tiba, bapa saudara mangsa masuk ke dapur dan mengheret tangan mangsa dan membawanya ke sebuah kuil yang terletak di depan rumah mereka,” katanya.
Posted by Encikseh
Tag :

[Sukan] Chong Wei terima bayaran lebih RM400,000


NEW DELHI - Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei menerima bayaran sebanyak US$135,000 (RM442,381) untuk beraksi dengan pasukan Mumbai Masters pada Kejohanan Badminton Liga India (IBL).

Bagaimanapun, pemain nombor satu dunia itu, tidak beraksi pada pusingan pertama di sini dan akan bermain pada pusingan kedua di Lucknow, Uttar Pradesh.

Mumbai Masters membuka kempen liga dengan menentang Banga Beats di Kompleks Sukan Siri Fort di sini hari ini.

Chong Wei, 30, dijangka tiba pada Rabu depan untuk perlawanan kedua pasukan itu menentang Pune Pistons, 24 Ogos ini.

Pasukan Mumbai Masters dibimbing oleh jurulatih peribadi Chong Wei, Tey Seu Bock.

Selain Chong Wei, beregu negara Goh V Shem/Lim Khim Wah turut beraksi untuk pasukan Hyderabad Hotshots dan pemain peseorangan negara Chong Wei Fei untuk pasukan Awadhe Warriors.

Liga IBL selama lebih dua minggu itu menampilkan enam pasukan.

Sementara itu, Persekutuan Badminton Dunia (BWF) berkata sistem penghawa dingin di Gimnasium Tianhe, Guangzhou, China, tidak ditutup pada perlawanan akhir Chong Wei menentang Lin Dan pada Kejohanan Dunia 2013, Sabtu lepas.

Menyangkal dakwaan Seu Bock bahawa sistem penghawa dingin ditutup pada perlawanan akhir itu, BWF dalam kenyataan hari ini berkata sistem penghawa dingin tidak ditutup sebaliknya suhunya direndahkan sepanjang kejohanan itu.

"Semasa final, suhu dalam venue meningkat pada sebelah petang berikutan peningkatan jumlah penonton untuk perlawanan akhir perseorangan lelaki," katanya.

BWF berkata pihaknya tidak meminta sebarang perubahan dilakukan untuk mengawal suhu sistem penghawa dingin manakala Jawatankuasa Penganjur Tempatan dan Persatuan Badminton China tidak mengumumkan kepada media mengenai keadaan itu.

Sebelum ini, Sue Bock mendakwa sistem penghawa dingin ditutup pada perlawanan Chong Wei-Lin Dan sehingga menyebabkan Chong Wei mengalami kekejangan otot dan terpaksa menarik diri pada set penentuan.

Pada final itu, Chong Wei menghadiahkan musuh tradisinya dari China gelaran juara dunia kelima dengan keputusan 21-16, 13-21, 17-20. - Bernama


Sumber : 
Posted by Encikseh
Tag :

[Tempatan] Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz bengang anak tidak dibayar gaji


SHAH ALAM - Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata anak lelakinya, Muhammad Nedim, bertugas dengan beliau untuk berkhidmat kepada golongan muda di kawasan Parlimen Padang Rengas di Perak.

Beliau juga berkata anaknya tidak dibayar gaji oleh kerajaan meskipun disenarai sebagai pegawai khas di bawah kementerian berkenaan.

"Beliau (Muhammad Nedim) melakukan beberapa tugas khas untuk saya dan boleh juga digelar sebagai pegawai khas," katanya kepada pemberita selepas merasmikan the Red Carpet, muzium lilin interaktif pertama Malaysia di Seksyen 7 i-City di sini.

Mohamed Nazri berkata demikian ketika ditanya berkaitan status anaknya di bawah kementerian yang diterajui beliau.

Muhammad Nedim diminta menganjurkan program bagi membolehkan Mohamed Nazri berinteraksi dengan golongan belia di kawasan Parlimen Padang Rengas kerana beliau tidak memiliki akaun Facebook dan Twitter.

"Anak saya bukan ahli politik dan beliau tidak terlibat dalam sebarang urusan di kementerian saya. Saya meminta beliau melakukan tugasan untuk saya di kawasan Parlimen saya," katanya.

Mohamed Nazri berkata beliau berupaya meraih 6,000 undi daripada pengundi muda yang pertama kali membuang undi dan memperoleh majoriti lebih besar pada pilihan raya umum lepas kerana mampu berinteraksi dengan golongan muda menerusi program yang dianjur anaknya itu.

Malah, katanya, Muhammad Nedim sudah bekerja dengan beliau sejak pilihan raya umum pada 2008.- Bernama
Posted by Encikseh
Tag :

[Tempatan] Mesir berdarah: PM digesa kemuka bantahan rasmi


SHAH ALAM - Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa meminta supaya Duta Mesir di Malaysia dipanggil untuk bertemu dengan kerajaan ekoran kekejaman yang dilakukan negara Arab itu terhadap rakyatnya.

Beliau yang dipetik dari laman Twitter miliknya berkata, pertemuan itu bagi menunjukkan bantahan rasmi negara terhadap kekejaman negara itu terhadap rakyatnya.

"Datuk Seri, saya cadangkan kerajaan panggil Duta Mesir di KL (Kuala Lumpur) dan minta penjelasan dan nyatakan bantahan rasmi Malaysia," tulisnya.

Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini melalui akaun Twitternya turut menyatakan kekesalan di atas insiden berdarah di Mesir.

Najib menggesa semua pihak untuk menghentikan permusuhan segera dan mencari penyelesaian melalui pendamaian.
Posted by Encikseh
Tag :

Post Popular

Labels

Pengumuman Dari Seh Media!

Test
Powered by Blogger.

- Copyright © Semasa Seh! -Semasaseh- Powered by Blogger