Posted by : Encikseh Saturday 17 August 2013

Sekadar Gambar Hiasan
IPOH: Polis semalam menahan ibu bapa kanak-kanak perempuan lima tahun yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini kerana disyaki didera bagi membantu siasatan, kata Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong.

Beliau berkata, lelaki berumur 39 tahun dan wanita berumur 30 tahun dari Menglembu itu ditahan reman tiga hari bermula hari ini. 

Katanya, pasangan itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh kira-kira jam 1.30 tengah hari semalam selepas diarah datang ke balai polis itu selepas polis menerima laporan bahawa kanak-kanak itu disyaki didera. 

"Polis menghubungi serta mengarahkan kedua-dua mereka ke balai polis selepas menerima laporan daripada seorang doktor yang bertugas di HRPB selepas mengesyaki kanak-kanak itu telah didera berdasarkan hasil pemeriksaan," katanya ketika dihubungi BERNAMA, hari ini.

Berdasarkan laporan awal, beliau berkata, kanak-kanak itu dihantar ke hospital berkenaan oleh anggota keluarganya pada awal pagi semalam dan pemeriksaan doktor mendapati terdapat luka di seluruh badan kanak-kanak itu dipercayai dipukul dengan rotan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda jika sabit kesalahan. - BERNAMA

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Post Popular

Labels

Pengumuman Dari Seh Media!

Test
Powered by Blogger.

- Copyright © Semasa Seh! -Semasaseh- Powered by Blogger