Posted by : Encikseh Thursday 15 August 2013



Persahabatan antara Taylor Swift dan Selena Gomez dikatakan berada dalam keadaan keruh disebabkan bintang pop, Justin Bieber. 

Menurut laporan Us Weekly, hubungan tidak menentu antara Gomez dan Bieber telah mempengaruhi persahabatannya dengan Swift yang berpendapat mereka tidak sepatutnya bersama lagi. 

"Taylor bencikan Justin! Dia rasakan Selena melakukan kesalahan setiap kali dia berbaik dengannya. Bieber sememangnya telah 'masuk campur' dalam persahabatan mereka berdua," ujar satu sumber. 



Perasaan kurang senang Swift, 23, terhadap Bieber sememangnya diketahui ramai apabila dia menolak memberi komen tentang hubungan tidak menentu pasangan tersebut ketika ditemui di Anugerah Muzik Billboard pada Mei lalu. 

Sebelum ini Bieber, 19, dikatakan merungut dengan tindakan Swift yang sering menasihatkan Gomez bahawa dia mampu mencari lelaki yang lebih baik. 

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Post Popular

Labels

Pengumuman Dari Seh Media!

Test
Powered by Blogger.

- Copyright © Semasa Seh! -Semasaseh- Powered by Blogger