Posted by : Encikseh Thursday 15 August 2013



Baru sahaja kita mendengar cerita tentang hubungan cinta serius yang terjalin antara aktor Zul Ariffin dengan penerbit Tayangan Unggul, Gayatri Su-Lin Pillai, malah Zul juga ada mengatakan mahu memantapkan ilmu agama sebelum menyunting Gayatri menjadi isteri. 

Kini kecoh pula dikatakan pelakon ini mempunyai hubungan istimewa dengan aktres yang juga seorang model, Nasha Aziz. 

Khabarnya, mereka mula menjalin hubungan cinta selepas bergandingan buat kali pertama dalam telefilem raya "Kasih Bersulam Daun Palas". 

Ekoran daripada desas-desus ini, Zul mengaku bahawa dia sememangnya bercinta dalam babak telefilem berkenaan tetapi bukan di luar lakonan. 

"Saya dan Nasha menjalinkan hubungan cinta? Saya akui kami berdua digandingkan buat kali pertama dalam sebuah telefilem "Kasih Bersulam Daun Palas". Memanglah kami telah menjalinkan hubungan cinta, tetapi itu semua terjadi dalam telefilem yang kami lakonkan. Di luar lakonan, tak ada hubungan istimewa antara kami," kata Zul seperti dipetik dari laporan Kosmo!. 

Berita asal :

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Post Popular

Labels

Pengumuman Dari Seh Media!

Test
Powered by Blogger.

- Copyright © Semasa Seh! -Semasaseh- Powered by Blogger