- Back to Home »
- Dunia »
- [Dunia] 280 terbunuh polis gempur penunjuk perasaan di Mesir
Posted by : Encikseh
Wednesday, 14 August 2013
KAHERAH: Pasukan keselamatan Mesir menggempur kem penunjuk perasaan yang menyokong presiden yang digulingkan, Mohamed Morsi secara besar-besaran yang setakat ini menyebabkan 280 nyawa terkorban.
Susulan operasi menamatkan tunjuk perasaan dan keganasan yang tercetus itu, kerajaan sementara mengisytiharkan darurat di seluruh Mesri dan perintah berkurung di Kaherah serta 13 wilayah lain.
Pihak berkuasa berkata, 278 terbunuh dalam operasi sejak semalam termasuk 43 anggota polis yang kebanyakan mangsa yang terbunuh adalah di Kaherah.
Namun, keganasan dilaporkan terus merebak di luar ibu negara itu sehingga banyak lagi nyawa melayang.
Perintah darurat dikuatkuasakan jam 4 petang waktu tempatan manakala perintah berkurung selama 11 jam sehari bermula 7 petang.
Imej dari video dan gambar terus tersebar di media sosial mengenai operasi mengempur tunjuk perasaan itu dengan negara kuasa dunia mengutuk keras penggunaan pasukan keselamatan.
